PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN LUMUT 2013


ImejImej

 

1.)Pemilihan Jawatankuasa Umno Bahagian Lumut serta sayap-sayapnya,mencakupi akan keupayaan dalam memilih pemimpin yang berkomitmen tinggi,bukannya pemimpin yang  lesu dalam mengotakan transformasi.

2.Pemimpin lama yang berkomitmen tinggi hendaklah dikekalkan,manakala yang sudah lama berkhidmat hendaklah memberi ruang kepada pemimpin muda yang berprestasi tinggi sebagai pewaris kepimpinan.

3.Peralihan kepimpinan yang tidak mengambil kira akan -komitmen-akan menyebabkan UMNO  akan gagal mengambil hati pengundi,sama ada pengundi muda,pengundi dewasa,pengundi baru ,mahupun pengundi lama.

4.Secara jelas kepimpinan UMNO Bahagian Lumut dan sayap-sayapnya  berkomitmen tinggi,ini terbukti apabila  kawasan Dun Pasir Panjang kembali kepada BN.Sudah sewajarnya mereka dikekalkan dalam menerajui tampuk kepimpinan,usahlah dipertandingkan jawatan itu,kerana silap percaturan,padahnya adalah UMNO dalam pilihan raya akan datang.

5.Namun amatlah molek,pemimpin muda UMNO diberikan ruang dalam organisasi UMNO secara berhemah,atau bermoderator.(oleh pemimpin lama yang berwibawa).

6.Secara berhemah,organisasi Umno  Bahagian Lumut,bolehlah memberikan ruang kepada muka baru dalam jawatan tertentu seperti jawatan naib,manakala sikap kompromi boleh digunakan dalam mencatur pemilihan yang akan membawa manfaat  kepada Umno  Bahagian Lumut itu sendiri.

7.Zaman telah berubah,memegang jawatan dalam organisasi UMNO bukanlah semestinya mendapat habuan tertentu,kerana rakyat mual dengan -kepimpinan dan pemimpin yang mendapat habuan,silap habuan pengundi akan rasa jelak dalam pilihan raya akan datang.

8.Ingat,hati  orang muda harus dihormati,namun hati orang lama juga harus dihormati dan disanjung tinggi.Ahli UMNO dan rakyat mahu pemimpin yang berkomitmen tinggi,mesra rakyat,suka membantu,dan menggerakan biro-biro  dalam organisasi UMNO itu sendiri.

9.Ahli UMNO yang memilih,namun secara jelasnya kepimpinan dan pertubuhan bukan badan kerajaan mahu UMNO mempunyai barisan kepimpinan yang mesra dan berwibawa.

SELAMAT MEMBUAT PEMILIHAN,PEMILIHAN YANG BAIK IALAH SECARA MUAFAKAT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s