AMANAT MERDEKA PERDANA MENTERI MALAYSIA-(analisis penulis)-


 

IMG-20140830-WA000

1:Amanat mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera,satu amanat yang luhur dan murni.Para pejuang kemerdekaan dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan,pasti tersenyum dan berbunga di hati,kerana Perdana Menteri Malaysia,bervisi dan bermisi,mewujudkan Malaysia yang makmur dan sejahtera.

2:Kemakmuran dan kesejahteraan tidak boleh dijual beli.Ianya lahir dalam bentuk komitmen yang jitu,tinggi dan semangat berpasukan yang berdaya saing dan berhati mulia.Kerajaan Barisan Nasional yang menjadi pilihan pengundi dalam setiap pilihan raya mengerti dan tahu akan kehendak rakyat Malaysia,mereka berusaha gigih,memerah minda dan tenaga untuk mengisi sebuah kemerdekaan.

3:Buktinya sejak Malaysia mencapai kemerdekaan,negara ini terus memacu kemajuan pembangunan fizikal dan minda warganya.Kepimpinan Barisan Nasional membuktikan kepada dunia dan para pengundi khasnya bahawa mereka mengotakan janji.

4:Lantaran itu,pada masa akan datang rakyat Malaysia umumnya,dan para pengundi khasnya harus bijak memilih peneraju pentabdiran negara melalui sistem pilihan raya.Pilihlah kepimpinan yang menghayati Perlembagaan Persekutuan,dan bekerja kuat untuk membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat.

5:Ingatlah,di sini lahirnya sebuah cinta.Cinta pada nusa,kasih pada watan,bersatu padu,yang ringan sama dijinjing,yang berat sama dipikul.

6:Ingatlah di sini lahirlah sebuah cinta,mengangkat betapa kepimpinan yang bijak,berusaha gigih,penyayang dan mendekati rakyat adalah wadah memakmurkan dan mensejahterakan Malaysia.

7:Di sini lahirnya sebuah cinta,membuktikan selama ini rakyat dan para pengundi telah membuat perhitungan yang bijak dalam memilih peneraju negara,dan hasilnya,Malaysia kian maju,rakyat makmur,negara aman sejahtera.Allah suka pemimpin negara yang adil dan gigih berusaha.

8:Terima kasih para pejuang kemerdekaan,terima kasih kepada tokoh-tokoh kemerdekaan,terima kasih kepada para anggota tentera,terima kasih para anggota keselamatan,jasa kalian hanya Allah yang membalasnya.

9:Terima kasih Perdana Menteri Malaysia,terima kasih rakyat Malaysia.Marilah kita mewariskan Malaysia yang makmur lagi sejahtera.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s