PRK ROMPIN DAN PERMATANG PAUH(MAMPUKAH REALITI MENGATASI PERSEPSI)


samp3a75a4a2a9159a63

1.Pilihan raya kecil Rompin dan Permatang  Pauh,akan diadakan tidak lama lagi.Setiap parti poliitk yang bertanding mempunyai  peluang untuk menang.

2.Kemenangan parti yang bertanding bergantung kepada pelbagai faktor.Namun setakat manakah benarnya “persepsi boleh mengatasi realiti”.

3.Persepsi bukanlah satu  khayalan nakal,namun kekadang disusun dengan beberapa maklumat yang hampir kepada fakta,namun  realiti sudah tentulah sesuatu yang boleh dilihat,dirasai,dihayati,wujud dan disedari kewujudan dan bukti-buktinya.

4.Sesebuah pilihan raya diadakan untuk memilih calon  untuk mewakili suara pengundi setempat untuk membawa dan mencipta peluang kemakmuran,kepesatan ekonomi dan pembangunan pendidikan dan sosial.

5.Pengundi yang bijak dan matang,akan memikirkan  faktor kemajuan,berbanding mengukur kepada unsur-unsur emosi dan kurang praktikal.Pengundi muda dan  pengundi baru telah sedar bahawa undi mereka boleh membawa perubahan kepada  pembangunan setempat.

6.Pengundi muda dan pengundi baru telah bijak,dan sukar untuk dipengaruhi jika hujah-hujah atau manifesto yang dibawa oleh parti yang bertanding tidak kukuh untuk memikat jiwa minda

pengundi muda dan pengundi baru.

7.Lantaran itu,ayuh kita teliti,apakah strategi yang akan digunakan oleh parti yang bertanding,jika mahu rasa lebih selamat sudah tentu,perkara yang realiti  akan lebih disukai  oleh pengundi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s