MANJUNG PERMAI DAERAH MERDEKA(dedikasi sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Manjung 2015)


Daerah Manjung yang permai,gamitan pepantainya menawan pelancong,

menggamit kenangan Kuala Sepit,daerah Dinding yang hilang dalam lipatan sejarah,

di sinilah lahirnya pengorbanan ,ketabahan,dan ketekunan,

jerih perih,biar putih tulang jangan putih mata,

masihkah kita ingat kapal itu di Pulau Pangkor,

air mata mengalir tanpa tangisan demi secebis perjanjian.

Daerah Manjung yang permai,

kauingatkah di puncak bukit itu,Bukit Teluk Kopiah,

besemadi tenang beberapa pusara,pusara siapa itu?

kauingatkah,siapa itu  Tok Mahsuka?

Manjung yang permai,

senyuman Indah Pantai Teluk Batik, Pantai Pasir Bogak,

kautahu dimanakah terletaknya “Rest House Lumut’

kautahu di manakah letaknya Iskandar  District,kautahu di manakah Tanah Merah Lumut?

oh di manakah Port Iskandar?

Kini melangkah ke  Manjung,pembangunan pesat tak terhitung,

Manjung maju,Manjung,maju,Manjung maju dan permai,

hutan bertukar menjadi  hutan batu berharga, pasar raya gergasi,

Manjung Daerah permai,

kemerdekaan itu ertinya tidak dijajah,harga kemerdekaan itu tiada nilainya,

kaukibarkan jalur gemilang,itulah harga sebuah kemerdekaan,

malam itu,dan malam-malam sebelumnya,Manjung dimandi cahaya neon,

itulah tanda kemerdekaan.

namun azan tetap berkumandang di Masjid Al-Adli Lumut,

jemaahnya memanjat doa,

doa kesejahteraan dan tanda syukur sebuah kemerdekaan,

dan aku bertanya apakah yang berlaku pada tarikh 16 Februari 1935?IMG-20150911-WA001

,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s