Si Benar vs Si Bohong


Dalam kehidupan sejak lahir lagi Si Benar tidak   bercakap bohong,kerana dalam amalan genetik Si Benar,bohong itu satu perkara yang mungkar dan berdosa.Bahkan jika diteliti kisah-kisah buku-buku ajaran  Si Benar,keturunan  mereka memang dilahirkan untuk berkata benar,dan membawa kebenaran.

Bagi Si Benar,bercakap bohong itu umpama  orang yang dalam ketakutan dan akan sentiasa kalah,apatah lagi pembohongan tetap pembohongan dan amat pelik jika perkara yang bohong boleh menjadi benar.

Namun Si Benar akur,memang kekadang kisah bohong itu selalu dan boleh dipercayai oleh orang.Zaman ini perkara yang bohong jika diadun dengan teliti akan menjadi satu kisah yang  seperti benar,dan orang akan percaya ,serta menjaja kisah b0hong itu agar  makin ramai yang percaya.

Dalam zaman ini,Si Bohong tetap juga melakukan pembohongan,kerana untuk hidup perlu berbohong itulah prinsip  Si Bohong.Peduli apa dengan kata orang,yang penting  sesuatu pembohongan itu dipercayai orang.Kini makin mudah melakukan pembohongan ,Si Bohong sudah memahami bahawa “alam maya” membantu kisah-ksiah bohong dijaja dan dipercayai.

Satu yang harus Si Bohong ingat hingga kini dan sampai bila-bila,Si Bohong tetap akan tewas dengan Si Benar.Itulah kata-kata azimat yang selalu dilontarkan oleh keturunan Si Bohong.Kebenaran tetap kebenaran.Mustahil yang benar  boleh dijadikan satu  pembohongan.Oleh itu Si Bohong akur juga,setelah Si Bohong mati ,sudah tentu Si Bohong akan  menanggung beban dosa-dosa pembohongan.

Tapi yang penting Si Bohong wajar ingat selagi ada orang percaya  akan pembohongan ,selagi itu Si Bohong akan  terus berbohong.Namun  pernah juga Si Bohong mendengar akan kata-kata bahawa Si Bohong  boleh juga menjadi seperti Si Benar TETAPI SI BENAR TIDAK BOLEH MENJADI SEPERTI SI BOHONG.AKHIRNYA YANG BENAR TETAP BENAR.SI BENAR AKAN TERUS BERJUANG DAN MENYEBARKAN KEBENARAN AGAR ORANG RAMAI DAPAT MENERIMA KISAH YANG BENAR SERTA MEMENANGKAN KEBENARAN dan  Pembenar.

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s