“Apabila UMNO BAHAGIAN LUMUT BERSIDANG 2017:MENJELANG PRU-14.

PRU-1414

P.074 LUMUT
Datuk Seri Kong Cho Ha (BN) – 32,140
Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR) – 40,308
Majoriti – 8,168
N.51 Pasir Panjang
Rashidi Ibrahim (BN) – 15,153
Rohawati Abidin (Pas) – 14,849
Vijayan Subramaniam (Bebas) – 245
Majoriti – 304

Menjelang Persidangan  Perwakilan Umno Bahagian Lumut ,pasti agenda  Pru-14 akan menjadi topik teras yang akan dibahaskan dan difikirkan.Berdasarkan data PRU yang lalu,sudah tentu Ahli-ahli Umno Bahagian Lumut dapat mengatur strategi dalam menambat hati pengundi pada Pru-14.

Sesungguhnya isu-su terkini dan mendatang perlu dianalisis oleh UMNO BAHAGIAN LUMUT,dengan bestari dan penuh arif.Pengundi sudah tentu akan menganalisis dalam membuat undian pada Pru-14 nanti.

Adakah  Parlimen Lumut akan kembali kepada BN ? Atau bagaimana ?

 

MENDEKATI PRU-14 ?

PRU-14

 

Menjelang Pru-14,hitungan harinya sebagai dekat,.Adakah pengundi sudah membuat pilihan untuk mengundi apa?Bagaimana pula dengan pilihan calon-calon,adakah mengikut selera pengundi atau bagaimana?Adakah anda pasti,berapakah jumlah  calon – yang bakal bertanding lagi untuk penggal akan datang?Pengundi muda akan memilih parti yang berjiwa rakyat dan memakmurkan rakyat.Pengundi kian bijak dan  lebih realistik.Adakah pengundi di Selangor akan beralih angin?Tunggu apabila Pru-14,dicanangkan.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersama MB Perak 2017

IMG_20170715_1326452IMG_20170715_1327299IMG_20170715_1329599

-Sejenak di Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 ,di EMV HALL Seri Manjung.Tepat sekali,seperti nukilan peribahasa Melayu ;

Bukan air muara yang ditimba,sudah disauk dari  hulunya.

Apa kurang pada belida,sisik ada tulang pun ada.

Bagai beliung dengan asahan.

Didoakan agar MB Perak dalam Rahmat-Nya dan diberikan kemudahan dalam meneruskan agenda mensejahterakan rakyat.

 

MENGHITUNG PRU-14,BAKAL CALON ?

 

Pru-14,111

Detik masa kian berlalu,dan Pru-14,kian hampir,jika tidak pada hujung tahun ini mungkin sebelum Mei 2018,namun siapakah bakal yang akan diangkat menjadi calon.Tentulah setiap parti akan mencalonkan “calon” yang dekat di hati rakyat.

Ketika ini,rakyat dan pengundi sudah pun menilai siapa calon yang wajar dikekalkan,dan siapa calon yang wajar diganti.Pengundi kini  berfikiran  terbuka dan semakin bijak.

Pengundi akan memilih calon dan parti yang telah membuktikan bahawa parti dan calon itu telah membawa kesejahteraan kepada rakyat.Kegagalan membuktikan kepada pengundi akan kemampuan berbakti dan mensejahterakan rakyat akan menyebabkan parti dan calon itu akan kalah.

Pengundi pada era Pru-14,lebih matang dan bijak,mereka akan memilih berdasarkan fakta dan bukan emosi.Pun begitu,parti dan calon yang bertanding perlu bekerja kuat untuk menarik hati dan kepercayaan pengundi untuk memilih mereka.

Oleh itu,adakah anda yakin anda layak menjadi calon pada Pru-14?

 

 

 

 

 

 

‘Perginya Seorang Imam’Ramadan 1438H

IMG_20170625_0833050

IMG_20170625_0833050

-jasa dan bakti beliau kepada masjid tua ini ,hanya Allah yang membalas segala-

IMG_20170626_1146197IMG_20170626_1131081

Perginya seorang Imam,suratan  dan takdir itu ketenttuan-Nya.Pada tanggal 18 Jun 2017,bersamaan 23 Ramadan 1438H,lebih kurang jam 2.20 pagi,Imam 1,Masjid Al-Khariah Kampung Sitiawan telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham Tuan Haji Mohd Akhir bin Awaluddin dilahirkan pada 17.11.1951(menurut sumber) ,di Kg.Dralik,Sitiawan Perak.Sikap Allayarham yang senang didekati,amat disenangi oleh masyarakat dan komuniti.Golongan muda amat tertarik dengan cara beliau melaksanakn misi dakwah.Allahyarham juga memegang  jawatan Naib Kadi.

 

Al-Fatihah.