Monthly Archives: Mei 2014

DYANA SOFYA MOHD DAUD,CALON MUDA DAP DI PRK TELUK INTAN 2014.

IMG-20140521-02818

1.PRK ADALAH SATU PROSES YANG SINONIM DENGAN SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA.

2.DAP MEMPERTARUHKAN CALON MUDA,MANAKALA BN MEMILIH CALON DARI GERAKAN.

3.PENGUNDI BERHAK MEMILIH CALON YANG MEREKA YAKIN DAPAT MEMBANTU DAN MEMBELA PEMBANGUNAN RAKYAT DI TELUK INTAN.

4.DAP BERANI DALAM MENCUBA CALON MUDA MELAYU,MANAKALA BN DARI GERAKAN.

5.PERSOALANNYA,SIAPAKAH YANG AKAN MENANG DAN MENJADI PILIHAN PENGUNDI DI KAWASAN TELUK INTAN ITU?

6.BAGAIMANA JUMLAH PERATUS KELUAR MENGUNDI,ADAKAH AKAN RENDAH,TINGGI,ATAU SETARA DENGAN PILIHAN RAYA YANG LALU?

7.ADAKAH FAKTA DALAM MEMPENGARUHI EMOSI,ATAU EMOSI MEMDOMINAN FAKTA.

8.DEMOKRASI YANG SUBUR DI NEGARA INI MEMBERI RUANG YANG ADIL KEPADA CALON YANG BERTANDING.

SELAMAT MENGUNDI.-

MENDEPANI BELIA

MENDEPANI BELIA.
Undang-undang Malaysia Akta 668.-akta pertubuhanbelia dan pembangunan belia 2007.
Pada dasarnya akta tersebut telah menggariskan beberapa hal mengenai aktiviti belia.
Setiap aktiviti belia itu mempunyai objektif dan tujuan yang perlu dicapai.
Antaranya:
-untuk meningkatkan kesetianegaraan di kalangan belia
– untuk mewujudkan kesedaran di kalangan belia terhadap unsur dan nilai negatif.
– untuk membantu belia menyesuaikan diri dan membentuk sikap positif dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup melalui penggunaan komponen pendidikan dan kemahiran hidup.
Sehubungan itu ,setakat manakah kewibawaan pertubuhan Belia dalam menilai dan melihat akan isu yang berwarna merah di atas.Apakah senarionya?
*kepemimpinan transformasi bermaksud keupayaan seorang pemimpin untuk menterjemahkan
Visi dan misinya dalam bentuk tindakan kepada mereka yang dipimpinnya.
Bagaimanakah situasi kepemimpinan Pertubuhan Belia sedia ada?Adakah visi dan misi mereka dihayati oleh ahli pertubuhan mereka,atau bagaimana,apakah mereka mampu menarik belia di luar sana bersama-sama mereka?
Rumusannya pihak kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah memberikan ruang yang sama rata kepada semua pertubuhan belia dalam negara ini,untuk membina kewibawaan ahli dan pertubuhan masing-masing.Persoalannya adakah pertubuhan-pertubuhan Belia yang ada di negara ini telah sampai ke tahap pencapaian yang tinggi,atau pencapaian mereka tidak pernah diukur atau diberikan perhatian?Selamat Hari Belia 2014.

*Rujukan:Najib Tun Razak,Menakhoda Zaman,Institut Terjemahan Negara Malaysia,Kuala Lumpur,2010