Monthly Archives: Mac 2016

TERIMA KASIH PDRM 2016

12801680_10209469213916479_3290087558711477443_n

Enter a caption

polis 1. pasukan yg menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang; 2. anggota pasukan polis, mata-mata;
~ hutan pasukan polis yg bertugas menjaga keamanan di kawasan sempadan; ~ lalu lintas = ~ trafik polis yg mengawal keselamatan lalu lintas; ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut; ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg ditugaskan utk mencegah (memberhentikan) rusuhan (tunjuk perasaan dll); ~ rahsia pasukan polis yg ditugaskan utk mencari (mengintip) rahsia; ~ simpanan pasukan polis yg diambil bertugas pd masa darurat (kecemasan dll); ~ tentera pasukan tentera yg bertugas sbg polis (mengawasi tentera);
kepolisan yg berkaitan dgn polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dgn urusan (tugas dan tanggungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kpd orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~.

 

“justhink”

IKRAR:

Kami Pewaris Bangsa memperakui betapa para Pengasas Negara bersatu hati dan berganding bahu dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara, dan mencipta prinsip pemuafakatan demi kemakmuran bersama.

Hari ini, KAMI ANAK MALAYSIA, Pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan negara, berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:

PERTAMA, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat sebagai warganegara, mengiktiraf kesaksamaan rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat.

KEDUA, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1 Malaysia.

KETIGA, meneruskan usaha memajukan ekonomi negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan negara, dapat dikecapi bersama.

KEEMPAT, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketerampilan, serta memastikan pendidikan kebangsaan, menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia, demi pengukuhan perpaduan nasional.

KELIMA, meneruskan tradisi membela rakyat, dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastruktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai petanda aras utama prestasi kerajaan Barisan Nasional.

KEENAM, memantapkan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan

KETUJUH, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan, dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep “Rakyat Didahulukan” sebagai asas pewujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

Inilah ikrar dan tekad kami, Pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1 Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad untuk mencapai wawasan negara, dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia.