Monthly Archives: Ogos 2019

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2019

sayangi-malaysiaku-malaysia-bersih-1

Menjelang beberapa minggu lagi,Malaysia akan menyambut ulang tahun  kemerdekaannya,yakni terlepas di tangan belenggu penjajahan.Umum mengetahui kejatuhan Empayar Melaka di tangan Portugis membawa cerita duka,dan cerita duka itu  berakhir  pada tanggal 31 Ogos 1957.

Kini sejak 1957 detik kemerdekaan,Malaysia terus disi dengan pembangunan fizikal,rohani ,pendidikan,ekonomi dan sosial.Malaysia yang membangun dalam mengisi kemerdekaannya didasari oleh semangat perpaduan.Rakyat Malaysia yang bersatu padu dapat membugarkan kemajuan dan kemakmuran negara.

Semangat tema Hari Kebangsaan tahun 2019 ini sewajarnya dihayati oleh rakyat.Rakyat yang cinta akan negara merupakan rakyat yang berjiwa patriotik.Penghayatan itu bermakna setiap rakyat Malaysia berperanan dalam memajukan negara.

Nilai integriti hendaklah ditanam sejak di bangku sekolah.Nilai integriti ialah tunjuang  membina dan menuju Malaysia yang makmur menjelang tahun 2030.

Segala jasa dan bakti perwira negara wajar dikenang dan balasan yang paling unik ialah dengan memelihara kerukunan perpaduan dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara.Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2019 ke 62.