Monthly Archives: Mac 2020

Perikatan Nasional Makmurkan Malaysia.

Masa yang berlalu agak pantas,kini kerajaan Malaysia diterajui  oleh  Perikatan Nasional.Sudah tentu rakyat berharap Perikatan Nasional ini mampu mengatasi masalah kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat .

Rakyat mahu peluang pekerjaan yang terbuka luas dengan bayaran gaji yang berpatutan.Rakyat sudah muak dengan ‘cerita kemelut politik’,yang rakyat mahu ialah kos harga rumah yang berpatutan dan wajar dengan tahap ekonomi rakyat.

Lantaran itu juga rakyat mahu nilai integriti menjadi keutamaan dalam membawa Malaysia lebih makmur dan sejahtera pada masa yang mendatang.

Rakyat Malaysia sudah matang,dan mereka amat gemar akan kewibawaan,mereka mahu menteri yang mampu bekerja dalam mengurangkan masalah kos sara hidup,amanah,jujur ,adil dan mengamalkan nilai keterbukaan serta boleh menerima kritikan atau cadangan yang membina.

Masa terus berdetik.