‘Semangat Nakhoda Muhammad Taib’


IMG_20191213_093850

 

Daerah Manjung,sebuah daerah pelancongan yang  pesat membangun.Sebelum ini daerah Manjung digelar sebagai daerah Dindings atau dalam catatan buku ‘Memartabatkan Kepahlawanan Nakhoda Muhammad Taib terbitan Yayasan Perak tahun 2011,disebut Jajahan Dindings.

Bagi peminat sejarah sudah tentu tulisan yang terkandung dalam buku itu amat  berharga dan menjadi panduan dalam meniti kepahlawanan Nakhoda Muhammad Taib dan kisah suka duka penduduk di Kuala Sepit.

Namun kekadang terasa kisah itu tenggelam dalam  pembangunan pesat daerah  Manjung.Setakat manakah anak watan Manjung mengetahui akan kisah kepahlawanan Nakhoda Muhammad Taib atau sejarah silam daerah Manjung.Setakat manakah sejarah ini diangkat sebagai salah satu daya tarikan bagi para pelancong .

Dalam buku itu tercatat nama Allahyarhamah Chu Joyah yang menceritakan akan kisah Nakhoda Muhammad Taib.Begitu juga dengan kelangsungan kisah kehidupan Tuan Haji Jamaludin bin Yusuf,generasi keenam Nakhoda Muhammad Taib.

Amatlah wajar jika kisah Kepahlawanan Nakhoda Muhammad Taib ini diangkat dengan visi baru pada  era kini.Masa tetap berlalu,namun bagaimana dengan semangat kepahlawanan Nakhoda Muhammad Taib?

 

Tinggalkan komen